Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 3
Bilangan Murid : 24 orang
Tema : Pencemaran Alam Sekitar
Tajuk : Pencemaran Udara
Tarikh : 03 Ogos 2011
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. 90 % Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan.
ii. 90 % Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang berlaku .
iii. 90% Murid dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar
Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai gejala pencemaran alam sekitar dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.
Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | |
Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis pencemaran. | Set Induksi (5 minit) i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. ii)murid diminta untuk membezakan jenis-jenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri.. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini. | KB : menghubungkait, inferens BCB: menonton dengan aktif BBB : power point | |
Guru memberi teks cerita yang berkaitan dengan Pencemaran Udara melalui power point | Langkah 1 (15 minit) i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. | KB : membuat inferens BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif. BBB : teks cerita, power point | |
Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point | Langkah 2 (15 minit) i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)murid-murid dikehendaki membentangkan isi-isi penting mengenai pencemaran udara dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. | KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormatmenghormati BBB : power point | |
Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Pengayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong. | Langkah 3 (20 minit) i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut. ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan pencemaran udara dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan. iii)guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan latihan yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong | KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : kertas latihan. | |
Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menayakan nilainilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. | Penutup (5 minit) i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama | ||
Refleksi P&P
Secara keseluruhannya, pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya kerana semua murid yang diminta untuk menceritakan tentang pencemaran udara telah dapat menceritakan dengan baik. Disamping itu, 80% daripada murid yang diminta untuk membaca dan bercerita secara lisan tentang pencemaran dapat menyatakannya dengan baik. 60% daripada murid dapat menulis karangan pendek tentang pencemaran telah dapat mengarang dengan baik, 20% murid dapat mengarang sekurang-kurangnya tiga isi manakala 20% lagi perlukan tindakan susulan.
Kekuatan
Kekuatan yang dikenalpasti daripada sesi pengajaran ini ialah penggunaan alat bantu pengajaran yang bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk. Pada sesi set induksi, murid-murid telah ditayangkan dengan pelbagai jenis pencemaran dan mereka dapat menyebut satu-satu jenis pencemaran tersebut dengan baik. Ini menarik minat mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya. Persembahan dalam bentuk power point ( untuk langkah 1) telah dapat menjimat dan mengoptimumkan masa yang ada seterusnya memudahkan tugas guru untuk memberi penerangan kepada murid tentang isi pelajaran dan tugasan yang diberikan.
Kelemahan
Beberapa kelemahan telah dikenalpasti iaitu dari segi pencahayaan yang terang telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran dikalangan murid untuk membaca paparan yang dipaparkan di skrin. Di samping itu, semasa membuat latihan, murid-murid yang lemah tidak dapat membina karangan dengan baik.
Cara Mengatasi
Cara saya mengatasi kelemahan yang dikenalpasti ialah saya perlu menggunakan latar belakang dan padanan warna yang sesuai dan tidak menyakitkan mata semasa merancang pengajaran menggunakan power point. Di samping itu, penggunaan saiz huruf juga perlu dititikberatkan. Untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak dapat membina karangan dengan baik, murid-murid tersebut hanya diarahkan untuk membina lima ayat majmuk berdasarkan kehendak soalan.
assalamualaikum.... terima kasih di atas perkongsian ilmu yang berguna ini.. mohon share
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIKGU... MOHON KONGSI YA
ReplyDelete