Kelas: Tahun 3
Tarikh : 11 Ogos 2011
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 24 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Tajuk : Jagalah Kebersihan
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 2
i. Melengkapkan ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai.
Fokus Sampingan
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar, serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2
i. Membaca lancar teks bahan bacaan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya
penyampaian yang betul.
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas.
Aras 3
i. Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian
yang sesuai.
Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
1. Menyatakan 3 aspek tentang ‘Penjagaan Kebersihan Diri’ secara lisan.
2. Membaca lancar teks ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ pada kadar sekurang-kurangnya 80% sebutan dan intonasi yang betul
3. Membina 5 ayat majmuk tentang ‘Pengurusan Sampah’ berdasarkan perkataan yang diberi
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : ayat tunggal dan ayat majmuk
Kosa kata : Sampah, Sisa, Produk, Pepejal, Tersumbat.
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK), Teknologi
Nilai : bekerjasama, keberanian, kebersihan
Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mengimbas kembali, menganalisis, meringkaskan
Belajar Cara Belajar : bacaan secara luncuran, perbincangan, mendengar aktif, bercerita
Kecerdasan Pelbagai : verbal-linguistik, Intrapersonal
Bahan Bantu Belajar:
Sabun mandi, tuala mandi, video klip ‘Denggi’, petikan ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid mengetahui faedah menjaga kebersihan diri
Langkah Pengajaran.
Isi | Strategi | Catatan |
Gambaran Tentang tajuk pembelajaran | Set Induksi (5 minit) 1.Guru membawa sabun mandi dan tuala ke dalam kelas 2.Guru meminta murid meneka tentang rutin harian menjaga kebersihan diri 3.Guru mengaitkan aktiviti set induksi dengan tajuk pelajaran yang hendak diajar. | KB : Menghubungkaitkan BCB : mendengar aktif BBB : sabun mandi dan tuala mandi Ilmu: PJK |
Video klip mengisahkan penyakit Denggi akibat Tidak membuang Sampah dengan cara yang betul. Aspek Penjagaan Kebersihan Diri: 1. Mandi 2. Pakaian 3. Gigi 4. Tangan Aspek Penjagaan Kebersihan Diri: 1. Mandi 2. Pakaian bersih 3. Memberus Gigi 4. Mencuci Tangan | Langkah 1 (15 Minit) 1.Guru memasang video klip tentang keburukan apabila tidak menjaga kebersihan. Guru meminta murid menghayati video klip tersebut. 2. Dalam kumpulan berlima, murid berbincang tentang apa yang mereka ketahui tentang ‘Penjagaan Kebersihan Diri’ berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Murid mencatat hasil perbincangan mereka dengan menggunakan komputer. 3.Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan menyatakan apa yang telah mereka bincangkan tentang aspek ‘Penjagaan Kebersihan Diri’. Wakil akan membentangkan hasil di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan yang jelas. 4. Murid dapat menyatakan 3 aspek tentang ‘Penjagaan Kebersihan Diri’ secara lisan. [2.1 Aras 3 (i)] | KB: Mengimbas kembali, menghubungkaitkan Nilai: kebersihan BBB: video klip ‘Denggi’ BCB : bercerita dan berbincang Ilmu: PJK KB : Mengimbas kembali, menghubungkaitkan BCB : bercerita KP : verballinguistik, Nilai: keberanian |
Teks bacaan Kumpulan 1: Mandi Kumpulan 2: Pakaian bersih Kumpulan 3: Memberus Gigi Kumpulan 4: Mencuci Tangan | Langkah 2 (15 minit) 1.Guru memberikan teks bertajuk ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ kepada setiap murid dalam kumpulan. Murid membaca petikan secara mentalis atau membaca secara senyap. 2.Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan untuk mencari isi penting tentang ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ mengikut kumpulan masing-masing. Murid menggaris dan mencatatkan isi-isi penting. 3.Wakil murid diminta membacakan hasil kerja mereka. Guru memberikan ulasan tentang kelancaran sebutan murid dan ketepatan isi yang dinyatakan oleh mereka. 4.Murid dapat membacakan teks ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ dengan lancar dan intonasi yang betul. 5.2 Aras 2 (i)] | Menjaga Kebersihan Diri’ BCB: Membaca secara luncuran, perbincangan KP : Intrapersonal. KB: menganalisis, meringkaskan Ilmu: PJK Sistem bahasa: Ayat tunggal Nilai: Kerjasama Sistem bahasa: Ayat tunggal Nilai: keberanian |
Bahan daripada Internet Kosa kata : 1. Sampah 2. Sisa 3. Produk 4. Pepejal 5. Tersu | Langkah 3 (20 minit) 1.Guru meminta murid melayari bahan yang telah guru muat turun daripada Internet yang menerangkan tentang ‘Pengurusan Sampah’ 2. Guru meminta murid berbincang tentang 2 cara lain yang boleh mereka lakukan untuk menguruskan sampah. Murid juga diminta untuk mencari makna kata dan berbincang mengenai pembinaan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi. 3.Murid dapat membina sekurang kurangnya 5 ayat majmuk tentang ‘Pengurusan Sampah’ berdasarkan perkataan yang diberi 8.1 Aras 2 (i)] | Sistem bahasa: Ayat tunggal Nilai :Bekerjasama KB: Menjana idea BBB: Petikan teks ‘Pengurusan Sampah’ Sistem bahasa: Ayat tunggal dan ayat majmuk BCB : Berbincang |
Penutup (5 minit) Kognitif: 1.Guru membuat rumusan tentang apa yang murid telah pelajari. Sosial: 1.Guru mengucapkan tahniah kepada murid kerana telah berjaya mengikuti pelajaran hari ini. 2.Murid-murid akan menyanyikan lagu ‘Kebersihan Diri’ |
Refleksi P&P
Secara keseluruhannya, pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. seramai 10 orang murid yang dipilih secara rawak dapat menyatakan aspek-aspek penjagaan kesihatan diri dengan betul. Di samping itu, 85% daripada murid yang diminta untuk membaca petikan secara individu telah dapat membaca dan memahami petikan dengan baik. 85% peratus daripada murid-murid juga telah dapat membina ayat berdasarkan pengurusan sampah dengan baik.
Kekuatan
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan benda maujud pada sesi set induksi telah berjaya membangkitkan keinginan belajar murid. Murid-murid berasa teruja apabila melihat bahan-bahan yang biasa mereka lihat seharian. Di samping itu, pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan teknologi maklumat seperti persembahan 'power point' ternyata membantu saya untuk memberikan penerangan dengan lebih berkesan. Walaupun capaian internet di sekolah saya pada hari tersebut bermasalah, saya menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan bahan-bahan yang telah saya muat turun terlebih dahulu untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran saya.
Kelemahan
Walaupun Pengajaran pada hari tersebut telah saya rancang, namun terdapat kelemahan yang dikenalpasti. Antaranya ialah murid-murid kumpulan C (murid-murid lemah) tidak dapat mengikut pengajaran yang dijalankan kefahaman mereka terbatas ketika membuat latihan bertulis. Walaupun secara lisan mereka dapat menyatakan cara-cara menjaga kebersihan diri, tetapi ketika membuat latihan bertulis mereka tidak dapat melakukannya dengan baik. Bagi sekolah pedalaman, capaian internet merupakan masalah utama yang dihadapi apabila merancang pengajaran melalui internet secara langsung. Itulah masalah yang berlaku kepada saya pada hari tersebut.
Cara Mengatasi Masalah/Kelemahan
Untuk mengatasi masalah kefahaman murid-murid yang lemah, ketika membuat latihan bertulis, saya memanggil mereka untuk kehadapan dan membacakan soalan lalu mengarahkan mereka menjawab secara lisan. Saya juga menyediakan lembaran kerja yang berasingan untuk mereka. Berdasarkan gambar yang diberi, murid-murid yang lemah tersebut dikehendaki membina ayat secara lisan. Ini memudahkan pemahaman mereka. Masalah capaian internet yang lemah saya atasi dengan menayangkan sumber-sumber yang telah saya muat turun dari internet. Ini menjadi kebiasaan kepada saya kerana bahan-bahan yang dimuat turun adalah langkah yang paling selamat ketika merancang sesi pengajaran yang berkaitan dengan pelayaran internet secara langsung.
No comments:
Post a Comment