Sunday, December 18, 2011

REFLEKSI PENGAJARAN- Apa maksudnya??


Pemikiran dan amalan refleksi terhasil daripada cetusan idea yang dikemukakan olehDewey (1933) dalam bukunya yang berjudul ‘How We Think”. Walaupun gagasan idea ini sudah agak ketinggalan zaman namun penggunaannya dalam bidang perguruan tidak dapat dipisahkan. Hal ini dibuktikan dengan kewujudan pelbagai kajian berkenaan pemikiran dan amalan refleksi yang dilaksanakan oleh para penyelidik pendidikan diseluruh dunia dari semasa ke semasa (Van Manen, 1977; Schon, 1983; Boud et al., 1985;Pollard dan Tann, 1990; Hatton dan Smith, 1995; McAlpine et al., 1999; Corcoran dan Leahy, 2003; Nor Hasniza dan Muhammad Yusof, 2005; Nor Hasniza et al., 2006; Ooi,2006). Oleh yang demikian, wajarlah bagi seorang guru sentiasa merefleks terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan bagi memperbaiki prestasi pengajarannya.

Dari segi definisi pula Dewey (1933) menyatakan individu yang mempraktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan masalah yang dihadapi, komited untuk mencari jalan penyelesaian, sanggup mengorbankan masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat di atasi dan sentiasa menerima pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi Boud et al., (1985) refleksi adalah proses meneutralkan kembali segala perasaaan negatif yang menyelubungi pengalaman yang dilalui supaya satu perspektif baru dapat dihasilkan daripada pengalaman tersebut sekali gus berjaya mengubah tingkahlaku dan tindakan seseorang. Ia juga merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati (Loughran, 1996), melakukan penilaian secara kritikal (Mezirow, 1991) dan melibatkan proses menyiasat dan mengenal pasti pengalaman yang telah mereka lalui. Keseluruhannya, pemikiran dan amalan refleksi merupakan suatu aktiviti kognitif yang memerlukan penglibatan aktif individu hasil daripada cetusan sesuatu pengalaman yang amat memberi kesan kepada dirinya dengan melibatkan pengujian tindak balas, kepercayaan dan dasar pemikiran untuk menghasilkan integrasi antara pemahaman baru dengan pengalaman yang telah dilalui. Pemikiran dan amalan refleksi merupakan suatu bentuk pemikiran yang sukar diterjemahkan secara eksplisit. Ong (2004) berpendapat penulisan berupaya memainkan peranan sebagai bahan bukti yang membolehkan guru menterjemahkan pemikirannya secara tersurat untuk diselaraskan dan mengambil tindakan susulan serta salah satu alat yang sangat efektif untuk mengaplikasikan pemikiran dan amalan refleksi adalah jurnal refleksi Melalui penulisan jurnal refleksi individu tersebut dapat menjadi lebih kritikal terhadap pengalaman atau masalah yang dihadapi dan dipertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku dan berusaha mencari pelbagai alternatif bagi mengatasi situasi tersebut (Hoover, 1994).

Sunday, December 11, 2011

Lukisan Mural Dinding

Gambar-gambar mural yang berikut telah dihasilkan oleh Kelab Seni Visual sekolah dengan bimbingan guru. 


5. RPH & Refleksi P&P Pendidikan Seni Visual Tahun 6

TARIKH : 14 April 2011
MASA : 12:00 -13.00
KELAS: Tahun 6
BIL MURID : 16 orang
BIDANG : MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN
KEGIATAN : MENGHASILKAN HIASAN DINDING MENGGUNAKAN TEKNIK LIPATAN DAN GUNTINGAN
TAJUK : LIPATAN AJAIB
KONSEP UTAMA : MELIPAT, MENGGUNTING DAN MEWARNA

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-

a) IMPLISIT
1. Membina kemahiran melipat, menggunting dan mewarna dalam proses penghasilan hiasan dinding.

b) EKSPLISIT
1. Menghasilkan perhiasan dinding untuk kegunaan yang lebih bermakna di masa akan datang.
2. Menghasilkan alat permainan mudah.

c) ESTETIKA
1. Menghargai hasil kerja tangan sendiri.
2. Menghargai elemen asas seni reka iaitu rupa.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah melihat hiasan dinding digunakan pada majlis ulang tahun kelahiran, pesta, karnival dan sebagainya.

PERSEDIAAN MURID
1. Kertas warna
2. Pensel warna
3. Pensel
4. Gunting

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
1. Contoh hiasan dinding sedia ada yang dijual di kedai
2. Contoh hiasan dinding yang disediakan oleh guru
3. 'Mould' bentuk yang hendak dilukis
4. Radio & CD lagu KBSR

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
'Mould' bentuk-bentuk yang hendak disurih di atas kertas warna

KBKK
Murid dapat menjana idea dalam penghasilan hiasan dinding atau alat permainan mudah

NILAI
1. Memupuk sikap cermat, kemas, sabar dan berhati-hati
2. Mengutamakan keselamatan ketika mengendalikan alatan tajam.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semua murid dapat menghasilkan rekaan yang kreatif melalui teknik lipatan dan guntingan. 

Kekuatan
Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Ada dikalangan murid yang kreatif yang dapat menghasilkan corak yang menakjubkan. Pada hari tersebut saya telah menggunakan satu contoh rekaan sebagai panduan murid. Terdapat 7 orang murid yang berjaya menghasilkan corak yang menarik dengan menggunakan teknik melipat seterusnya menggunting.

Kelemahan dan cara mengatasinya
Tidak terdapat kelemahan yang ketara semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid yang cerdas dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang pantas. Tetapi perkara ersebut dapat diatasi dengan mengarahkan murid membina seberapa banyak rekaan dan corak dan diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing.

TEKNIK MENGAJAR BAHASA MELAYU: 4. RPH & Refleksi Pendidikan Muzik Tahun 4

TEKNIK MENGAJAR BAHASA MELAYU: 4. RPH & Refleksi Pendidikan Muzik Tahun 4www.cikgumuzik.com

4. RPH & Refleksi Pendidikan Muzik Tahun 4


Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Tarikh : 17 Julai 2011
Kelas : Tahun 4
Masa : 12:00-13.00
Bilangan murid : 14 orang
Aspek : Permainan Rekoder
Item : Pengenalan Rekoder
Tajuk Lagu : Padiku
Kemahiran : - Memainkan rekoder dengan mempraktikkan teknik yang  betul secara berpandu.
- Mengenal penjarian rekoder not BAG.
.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid  boleh:
1. Bermain rekoder mengikut penjarian rekoder yang betul.

. Pengetahuan
Sedia ada : Murid pernah melihat rekoder.
Strategi 1. Belajar cara belajar
              2. Konteksual
Nilai Murni : Kerjasama, keyakinan

Alat Bantu Mengajar : Laptop, LCD Projector, kibod, pita rakaman.
Langkah Pengajaran:
Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
Meneka bunyi alat muzik / genderang.

1. Guru memainkan beberapa bunyi alat muzik / genderang
2. Murid meneka bunyi yang dimainkan melalui slaid powerpoint.
3. Guru memberi jawapan dengan menayangkan klip video bunyi alatan yang diperdengarkan tadi.


1. Murid-murid mendengar dan meneka bunyi-bunyi instrument / genderang yang diperdengarkan.
2. Murid-murid mendapat jawapan melalui tayangan klip video.

ABM
- Laptop
- LCD projector

Langkah 2
( 6 minit )
Guru memperkenalkan sistem penomboran pada jari.

1. Guru menayangkan slaid powerpoint sistem penomboran pada jari.
2. Guru menerangkan sistem penomboran pada jari.


1. Murid memerhati dan mendengar dengan teliti.

ABM :
laptop, LCD
Langkah 3
( 10 minit )
Guru memperkenalkan sistem penomboran pada rekoder.

3. Guru menayangkan slaid powerpoint sistem penomboran pada rekoder.
1. Guru menerangkan sistem penomboran pada rekoder.


1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.
Langkah 4
( 10minit )
Mengaitkan penjarian dengan rekoder.

1. Guru menayangkan slide powerpoint kaitan di antara penjarian dengan rekoder.
2. Guru menerangkan cara meletakkan jari pada lubang rekoder iaitu  dengan meletakkan jari dan lubang dengan nombor yang sama.

1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.
Langkah 5
( 15 minit )
Pengenalan Not Rekoder

1. Guru menayangkan beberapa slide tentang not rekoder dan penjarian yang betul.
2. Guru memberi penerangan dan menunjuk cara bagaimana meletakkan penjarian yang betul untuk ‘not B’, ‘not A’ dan ‘not G.


1. Murid memerhati dengan teliti
2. Guru tunjukcara bagaimana meletakkan penjarian yang betul pada rekoder.
3. Guru memeriksa dan memantau penjarian murid-murid.

Nilai;
Sabar, yakin
Langkah 6
( 10 minit )
Penglidahan

1. Guru menerangkan kaedah tiupan pada rekoder dengan membunyikan ‘tu..tu..tu.’.
2. Guru menayang dan membunyikan not-not melalui slide powerpoint yang ditayangkan.
3. Guru meminta murid meniup rekoder dengan penglidahan yang betul, (‘tu’)


1. Murid-murid membunyikan ‘tu’ tanpa rekoder.
2. Murid meniup rekoder mengikut arahan guru.
3. Guru memastikan murid mengikut arahan.

ABM
Laptop, LCD Projector, rekoder.
Nilai
Disiplin, mengikut arahan
Penutup
( 4 minit)
Tayangan klip video
Guru menayangkan klip video pertandingan assemble rekoder .
Murid melihat dengan penuh minat.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, objektif pengajaran saya pada hari tersebut telah mencapai objektifnya. 70% daripada murid telah dapat memainkan penjarian not rekoder dengan baik manakala 30% lagi dapat melakukan penjarian not dengan bimbingan guru.
Kekuatan
Saya akui, subjek Pendidikan Muzik sangat digemari oleh murid-murid kerana ia menggabungkan aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat perkusi dan rekoder. Penggunaan teknologi maklumat (power point) dalam persembahan set induksi menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Penggunaan power point juga telah memudahkan pemahaman murid ketika mereka melakukan penjarian not rekoder.

Kelemahan
Tiada kelemahan yang ketara dikenalpasti semasa sesi pengajaran. Cuma terdapat 3 orang pelajar yang perlukan bantuan kerana mereka masih belum dapat menghafal penjarian not rekoder.

Cara mengatasi kelemahan
Guru membimbing murid-murid untuk melakukan penjarian not yang betul. Di samping itu, rakan-rakan yang dapat melakukan penjarian not yang betul juga digunakan untuk membantu murid-murid yang belum dapat menguasai penjarian not tersebut.

3. RPH & Refleksi P&P Bahasa Melayu tahun 3 (P&P ketiga yang dipilih)

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 3
Bil. Murid : 24 orang
Tema : Patriotisme
Tajuk : Sumbangan tokoh-tokoh negara
Tarikh : 15 Ogos 2011
Masa : (60 minit)

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i) Mendapatkan maklumat dan isi penting serta mencatat nota daripada artikel yang dibaca.
ii) Murid dapat menceritakan perkara atau maklumat yang diperoleh dengan bahasa yang   mudah difahami.
iii) murid dapat membina ayat tunggal berdasarkan apa yang telah dibaca.

Hasil pembelajaran:
Fokus Utama
9.2 Mengenalpasti maklumat dan nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 2 
(i)            Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota peringatan
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat
Aras 2 
(i)   memberi penerangan tentang sesuatu yang diperolehi dengan menggunakan ayat yang jelas.
Fokus Sampingan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1
i. Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik

Kemahiran Bahasa : Membaca,menulis, mendengar dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata: perpaduan, penjajah, moden
Sintaksis: Ayat majmuk
Ilmu : Muzik dan Kajian Tempatan
Nilai : Bekerjasama, Patriotisme , Kebebasan
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
Kemahiran Berfikir : Menjana idea,membuat keputusan ,menganalisis
Kemahiran Belajar : Mencatat nota dan melapor maklumat
Kecerdasan Pelbagai: Verbal-linguistik, interpersonal, muzik
Pengetahuan Sedia Ada:
1) Murid pernah terlibat dengan sambutan kemerdekaan di sekolah.
2) Murid pernah diajar mengenai ayat majmuk sebelum ini.
BBB : Lagu dan Lirik Lagu “Tanggal 31” , powerpoint tokoh-tokoh negara, LCD,pembesar suara, Mikrofon, borang penilaian rakan sebaya, kertas manila

Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Lagu “ Tanggal 31” Tajuk pelajaran pada hari ini ialah
‘Sumbangan tokoh-tokoh Negara’
Set induksi (5 min)
1) Murid diminta untuk membuka
persembahan Powerpoint yang disediakan oleh guru.
2) Guru memainkan lagu ‘Tanggal 31’ daripada komputer guru dan menyambungkannya ke pembesar suara. Kemudianya menyayikan lagu tersebut bersama-sama murid berdasarkan lirik lagu yang terdapat pada powerpoint.
3) Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan lagu tersebut dan perkaitannya dengan peristiwa penting bagi negara.
4) Guru mengaitkan lagu tersebut dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
ABM : komputer, alat
Pembesar suara.
KP-Muzik

Kumpulan :
1. Cemerlang
2. Gemilang
3. Terbilang
4. Berdaulat

Kosa kata:
• Kemerdekaan
• Penjajahan
• Perpaduan
Langkah 1(10 minit)
1) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2) Setiap kumpulan perlu mengelik pada pautan yang terdapat di dalam powerpoint yang disediakan mengikut
kumpulan masing-masing.
3) Setiap pautan mengandungi artikel berkenaan empat bekas Perdana Menteri Malaysia.
4) Guru kemudiannya meminta untuk murid-murid membaca artikel berkenaan secara berkumpulan.
5) Setiap pembacaan murid akan didengar oleh guru dan rakan-rakan
yang lain.
6) Guru kemudianya akan menegur dan membetulkan sekiranya ada kesalahan
sebutan dalam pembacaan murid.
BBB: komputer, mikrofon, dan pembesar suara:
Nilai – Patriotisme

Sumbangan-sumbangan
tokoh-tokoh negara.
•Bapa Kemerdekaan
•Bapa Pembangunan
• Bapa Perpaduan
•Bapa Permodenan.
Langkah 2 (15 min)
1. Guru kemudianya meminta setiap kumpulan membaca kembali setiap petikan masing-masing sekali lagi.
2. Guru meminta untuk setiap
kumpulan mendapatkan isi penting berkenaan artikel yang dibaca.
3. Setiap isi penting perlu dicatat dalam buku nota/ latihan.
ABM: komputer.
KB: mengkategori
BCB: mengumpul
dan menganalisis
maklumat.
Nilai: kerjasama

Kumpulan:
1. Cemerlang
(Tunku Abd Rahman)
2. Gemilang (Tun
Abd Razak)
3. Terbilang (Tun
Hussien Onn)
4. Berdaulat (Tun
Mahathir
Mohamad)

Murid membentangkan
hasil perbincangan.
(Tunku Abd Rahman:
- bapa kemerdekaan
- membawa negara
kepada pembebasan
penjajah
- membentuk Malaysia
(Tun Abd Razak:
-bapa pembangunan
-Dasar ekonomi baru
-Pembangunan luar
bandar-FELDA
(Tun Hussien Onn)
-bapa perpaduan
-menyatupadukan rakyat
-Rukun negara
(Tun Mahathir
Mohamad)
-bapa permodenan
-wawasan 2020
-kereta nasional
-KLCC
Langkah 3 (15 minit)
1. Guru kemudiannya mengarahkan setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja mereka.
2. Pembentangan perlu dibuat dalam bentuk kertas manila untuk dipamerkan di kelas.
3. Guru mengedarkan borang penilaian rakan sebaya kepada setiap kumpulan untuk menilai pembentangan yang akan dilakukan oleh rakan mereka daripada kumpulan yang lain.
4. Wakil daripada setiap kumpulan akan
mempersembahkan hasil kerja mereka.
5. Kumpulan yang lain harus
mendengar hasil perbentangan dan menilai kumpulan yang membentang.
BBB – LCD, borang
Penilaian grafik
KB- Membuat keputusan,
Menganalisis
BCB: memproses
maklumat, melapor,
menilai
KP: Interpersonal
Nilai:berkerjasama Rasional

Pembentangan yang baik:
- Suara yang jelas
-Sebutan yang tepat
- intonasi
- Idea bernas
- Tepat
- Paparan
persembahan
yang menarik
Kata hubung:
• Dan
• Tetapi
• Yang
• Namun
• Serta
• bahawa
Langkah 4 (10 min)
1. Guru kemudianya membuat soal jawab daripada hasil perbentangan setiap kumpulan tentang sumbangan-sumbangan tokoh-tokoh tadi.
2. Kemudianya, guru meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk memberi
komen dan markah perbentangan kumpulan-kumpulan yang lain berdasarkan borang penilaian yang diedarkan tadi.
3. Guru kemudianya meminta setiap pelajar untuk mencari ayat majmuk yang tedapat dalam teks.
4. Pelajar diminta untuk menulis lima ayat majmuk yang terdapat dalam teks.
KB-Menjana Idea
BCB: perbincangan

Kognitif:
Murid mengimbas
kembali apa yang
dipelajar.
Sosial :
Murid dapat
mengemukakan
pandangan dengan jelas dan keyakinan diri disemai.  
Penutup (5 min)
1. Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk yang dipelajari.
3. Guru kemudianya menyentuh
serba sedikit tentang teknik perbentangan yang baik dan memuji kepada kumpulan yang telah membuat perbentangan dengan baik.
4. Guru mengucapkan terima kasih kerana murid memberikan perhatian
Nilai: Bekerjasama,
Rasional, Patriotisme

Refleksi P& P
Secara keseluruhannya, sesi P&P saya pada hari tersebut tidak mencapai objektifnya kerana hanya 50% sahaja daripada murid yang dapat mencari maklumat dan isi penting serta mencatat nota daripada artikel yang dibaca. 40% daripada murid dapat menceritakan perkara atau maklumat yang diperoleh dengan bahasa yang   mudah difahami, manakala 70% daripada murid dapat membina ayat tunggal berdasarkan tajuk yang telah dipelajari.

Kekuatan
Set induksi yang dimulakan dengan nyanyian “Tanggal 31” menarik minat murid kerana lagu tersebut telah menjadi siulan mereka pada bulan kemerdekaan. Murid menyanyi dengan penuh semangat patriotik. Sekali lagi, perembahan power point memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kefahaman murid. Aplikasi power point telah memudahkan penerangan guru tentang sumbangan empat orang Perdana Menteri Malaysia. Sesi pembelajaran yang dibahagikan pada empat kumpulan juga telah dapat mewujudkan kerjasama dalam kumpulan walaupun tidak sepenuhnya. Ini secara tidak langsung berjaya membantu pemahaman murid terhadap isi pelajaran. Hal ini membolehkan murid-murid membina ayat majmuk dengan mudah berdasarkan teks yang telah dipamerkan dan dibaca.

Kelemahan
Terdapat kelemahan semasa sesi perbincangan kumpulan iaitu ada dikalangan ahli kumpulan yang tidak memberikan kerjasama sepenuhnya. Di samping itu, semasa sesi pembentangan, ada murid yang tidak melengkapkan borang penilaian rakan sebaya yang diedarkan lantaran  tidak memahami apa yang perlu ditulis. Ada juga dikalangan murid yang mengisi borang penilaian tersebut secara sambil lewa.

Cara Mengatasi
Untuk mengatasi kelemahan tersebut, guru mengarahkan ketua kumpulan melantik setiap ahli dalam kumpulan untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan seperti mencatat nota, mencari maklumat, dan pembentang. Ketika murid berbincang, guru turut  mengawal kelas agar tiada murid yang bermain. Seterusnya, guru menerangkan tentang bagaimana untuk mengisi borang penilaian yang diedarkan berpandukan contoh yang diberi dan aspek-aspek yang perlu dinilai dengan menggunakan skala sangat lemah, lemah, sederhana, baik dan sangat baik.