Sunday, December 11, 2011

5. RPH & Refleksi P&P Pendidikan Seni Visual Tahun 6

TARIKH : 14 April 2011
MASA : 12:00 -13.00
KELAS: Tahun 6
BIL MURID : 16 orang
BIDANG : MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN
KEGIATAN : MENGHASILKAN HIASAN DINDING MENGGUNAKAN TEKNIK LIPATAN DAN GUNTINGAN
TAJUK : LIPATAN AJAIB
KONSEP UTAMA : MELIPAT, MENGGUNTING DAN MEWARNA

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-

a) IMPLISIT
1. Membina kemahiran melipat, menggunting dan mewarna dalam proses penghasilan hiasan dinding.

b) EKSPLISIT
1. Menghasilkan perhiasan dinding untuk kegunaan yang lebih bermakna di masa akan datang.
2. Menghasilkan alat permainan mudah.

c) ESTETIKA
1. Menghargai hasil kerja tangan sendiri.
2. Menghargai elemen asas seni reka iaitu rupa.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah melihat hiasan dinding digunakan pada majlis ulang tahun kelahiran, pesta, karnival dan sebagainya.

PERSEDIAAN MURID
1. Kertas warna
2. Pensel warna
3. Pensel
4. Gunting

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
1. Contoh hiasan dinding sedia ada yang dijual di kedai
2. Contoh hiasan dinding yang disediakan oleh guru
3. 'Mould' bentuk yang hendak dilukis
4. Radio & CD lagu KBSR

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
'Mould' bentuk-bentuk yang hendak disurih di atas kertas warna

KBKK
Murid dapat menjana idea dalam penghasilan hiasan dinding atau alat permainan mudah

NILAI
1. Memupuk sikap cermat, kemas, sabar dan berhati-hati
2. Mengutamakan keselamatan ketika mengendalikan alatan tajam.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semua murid dapat menghasilkan rekaan yang kreatif melalui teknik lipatan dan guntingan. 

Kekuatan
Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Ada dikalangan murid yang kreatif yang dapat menghasilkan corak yang menakjubkan. Pada hari tersebut saya telah menggunakan satu contoh rekaan sebagai panduan murid. Terdapat 7 orang murid yang berjaya menghasilkan corak yang menarik dengan menggunakan teknik melipat seterusnya menggunting.

Kelemahan dan cara mengatasinya
Tidak terdapat kelemahan yang ketara semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid yang cerdas dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang pantas. Tetapi perkara ersebut dapat diatasi dengan mengarahkan murid membina seberapa banyak rekaan dan corak dan diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing.

No comments:

Post a Comment