Sunday, December 11, 2011

2. RPH & Refleksi P&P Bahasa Melayu Tahun 3 (P&P kedua yang dipilih)

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 3
Bilangan Murid : 24 orang
Tema : Pencemaran Alam Sekitar
Tajuk : Pencemaran Udara
Tarikh : 03 Ogos 2011
Masa : 60 minit

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. 90 % Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan.
ii. 90 % Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang berlaku .
iii. 90% Murid dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Hasil Pembelajaran:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar
Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai gejala pencemaran alam sekitar dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Murid
ditayangkan
power point yang
berkaitan dengan
jenis-jenis
pencemaran.
Set Induksi (5 minit)
i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya.

ii)murid diminta untuk membezakan jenis-jenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri..

iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini.

KB : menghubungkait,
inferens
BCB: menonton dengan
aktif
BBB : power point

Guru memberi
teks cerita yang
berkaitan dengan
Pencemaran
Udara melalui
power point
Langkah 1 (15 minit)
i)murid dikehendaki untuk mengelik
salah satu pautan yang disediakan.

ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan
mengikut intonansi serta gaya yang betul.

iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.

iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.

KB : membuat inferens
BCB : i) membaca dengan
intonansi yang betul.
ii) mendengar dengan aktif.
BBB : teks cerita, power
point

Guru
mengadakan
perbincangan
kumpulan antara
murid-murid dan
melakukan
pembentangan
melalui power
point
Langkah 2 (15 minit)
i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

ii)murid diminta untuk berada dalam
kumpulan dan membuat perbincangan.

iii)murid-murid dikehendaki membentangkan isi-isi penting mengenai pencemaran udara dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.

iv)guru menanyakan soalan yang
berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.
KB : menghubungkaitkan,
menjana idea
BCB : memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik,visual,
intrapersonal, interpersonal
Nilai : kerjasama, hormatmenghormati
BBB : power point

Guru memberi
latihan kepada
murid-murid.
Aktiviti
Pengayaan:
Menulis karangan
pendek
berdasarkan
tajuk yang diberi.
Aktiviti
Pemulihan:
Menyudahkan
petikan yang
diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.
Langkah 3 (20 minit)
i)guru terlebih dahulu menanyakan
kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut.

ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan pencemaran udara dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan.

iii)guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan latihan yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong
KB : menjana idea,
menghubungkaitkan,
membuat inferens.
BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.
KP :
intrapersonal;interpersonal,
visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama,
menghargai,.
BBB : kertas latihan.

Guru membuat
rumusan
mengenai
pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan
soalan kepada
murid akan apa
yang mereka
telah pelajari.
Guru juga
menayakan nilainilai
murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan
pembelajaran.
Penutup (5 minit)
i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka.

ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama







Refleksi P&P
Secara keseluruhannya, pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya kerana semua murid yang diminta untuk menceritakan tentang pencemaran udara telah dapat menceritakan dengan baik. Disamping itu, 80% daripada murid yang diminta untuk membaca dan bercerita secara lisan tentang pencemaran dapat menyatakannya dengan baik. 60% daripada murid dapat menulis karangan pendek tentang pencemaran telah dapat mengarang dengan baik, 20% murid dapat mengarang sekurang-kurangnya tiga isi manakala 20% lagi perlukan tindakan susulan.

Kekuatan
Kekuatan yang dikenalpasti daripada sesi pengajaran ini ialah penggunaan alat bantu pengajaran yang bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk. Pada sesi set induksi, murid-murid telah ditayangkan dengan pelbagai jenis pencemaran dan mereka dapat menyebut satu-satu jenis pencemaran tersebut dengan baik. Ini menarik minat mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya. Persembahan dalam bentuk power point ( untuk langkah 1) telah dapat menjimat dan mengoptimumkan masa yang ada seterusnya memudahkan tugas guru untuk memberi penerangan kepada murid tentang isi pelajaran dan tugasan yang diberikan.

Kelemahan
Beberapa kelemahan telah dikenalpasti iaitu dari segi pencahayaan yang terang telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran dikalangan murid untuk membaca paparan yang dipaparkan di skrin. Di samping itu, semasa membuat latihan, murid-murid  yang lemah tidak dapat membina karangan dengan baik.

Cara Mengatasi
Cara saya mengatasi kelemahan yang dikenalpasti ialah saya perlu menggunakan latar belakang dan padanan warna yang sesuai dan tidak menyakitkan mata semasa merancang pengajaran menggunakan power point. Di samping itu, penggunaan saiz huruf juga perlu dititikberatkan. Untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak dapat membina karangan dengan baik, murid-murid tersebut hanya diarahkan untuk membina lima ayat majmuk berdasarkan kehendak soalan.

2 comments:

  1. assalamualaikum.... terima kasih di atas perkongsian ilmu yang berguna ini.. mohon share

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH CIKGU... MOHON KONGSI YA

    ReplyDelete