Saturday, December 10, 2011

1. RPH & Refleksi P&P Bahasa Melayu Tahun 3

Kelas: Tahun 3                                                                                     
Tarikh : 11 Ogos 2011
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)                                          
Bilangan Murid : 24 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Pendidikan Jasmani & Kesihatan                                            
Tajuk : Jagalah Kebersihan

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 2
i. Melengkapkan ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai.

Fokus Sampingan
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar, serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2
i. Membaca lancar teks bahan bacaan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya
penyampaian yang betul.
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas.
Aras 3
i. Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian
yang sesuai.

Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
1. Menyatakan 3 aspek tentang ‘Penjagaan Kebersihan Diri’ secara lisan.
2. Membaca lancar teks ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ pada kadar sekurang-kurangnya 80% sebutan dan intonasi yang betul
3. Membina 5 ayat majmuk tentang ‘Pengurusan Sampah’ berdasarkan perkataan yang diberi

Sistem Bahasa :
Tatabahasa : ayat tunggal dan ayat majmuk
Kosa kata : Sampah, Sisa, Produk, Pepejal, Tersumbat.

Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK), Teknologi
Nilai : bekerjasama, keberanian, kebersihan
Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mengimbas kembali, menganalisis, meringkaskan
Belajar Cara Belajar : bacaan secara luncuran, perbincangan, mendengar aktif, bercerita
Kecerdasan Pelbagai : verbal-linguistik, Intrapersonal

Bahan Bantu Belajar:
Sabun mandi, tuala mandi, video klip ‘Denggi’, petikan ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’

Pengetahuan Sedia Ada:
Murid mengetahui faedah menjaga kebersihan diri

 
Langkah Pengajaran. 
 
Isi
Strategi
Catatan

Gambaran
Tentang tajuk
pembelajaran
Set Induksi (5 minit)
1.Guru membawa sabun mandi dan tuala ke
dalam kelas
2.Guru meminta murid meneka tentang rutin harian menjaga kebersihan diri
3.Guru mengaitkan aktiviti set induksi dengan tajuk pelajaran yang hendak diajar.

KB : Menghubungkaitkan
BCB : mendengar aktif
BBB : sabun mandi dan tuala mandi
Ilmu: PJK

Video klip
mengisahkan
penyakit
Denggi akibat
Tidak membuang
Sampah dengan cara yang betul.


Aspek Penjagaan
Kebersihan Diri:
1. Mandi
2. Pakaian
3. Gigi
4. Tangan


Aspek
Penjagaan
Kebersihan
Diri:
1. Mandi
2. Pakaian bersih
3. Memberus
Gigi
4. Mencuci Tangan
Langkah 1 (15 Minit)
1.Guru memasang video klip tentang keburukan apabila tidak menjaga kebersihan. Guru meminta murid menghayati video klip tersebut.






2. Dalam kumpulan berlima, murid berbincang tentang apa yang mereka ketahui tentang ‘Penjagaan Kebersihan Diri’ berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Murid mencatat hasil perbincangan mereka dengan menggunakan komputer.
3.Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan menyatakan apa yang telah mereka bincangkan tentang aspek ‘Penjagaan Kebersihan Diri’. Wakil akan membentangkan hasil di hadapan kelas
dengan menggunakan sebutan yang jelas.

4. Murid dapat menyatakan 3 aspek tentang
‘Penjagaan Kebersihan Diri’ secara lisan.
[2.1 Aras 3 (i)]




KB: Mengimbas
kembali, menghubungkaitkan
Nilai: kebersihan
BBB: video klip ‘Denggi’
BCB : bercerita dan
berbincang
Ilmu: PJK










KB : Mengimbas kembali,
menghubungkaitkan
BCB : bercerita
KP : verballinguistik,
Nilai: keberanian

Teks bacaan
Kumpulan 1:
Mandi
Kumpulan 2:
Pakaian bersih
Kumpulan 3:
Memberus Gigi
Kumpulan 4:
Mencuci Tangan
Langkah 2 (15 minit)
1.Guru memberikan teks bertajuk ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ kepada setiap murid dalam kumpulan. Murid membaca petikan secara mentalis atau membaca secara senyap.
2.Guru meminta murid berbincang dalam
kumpulan untuk mencari isi penting tentang ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ mengikut kumpulan masing-masing. Murid menggaris dan mencatatkan isi-isi penting.
3.Wakil murid diminta membacakan hasil kerja mereka. Guru memberikan ulasan tentang kelancaran sebutan murid dan ketepatan isi yang dinyatakan oleh mereka.
4.Murid dapat membacakan teks ‘Cara Menjaga Kebersihan Diri’ dengan lancar dan intonasi yang betul.
5.2 Aras 2 (i)]


Menjaga Kebersihan Diri’
BCB: Membaca secara
luncuran, perbincangan
KP : Intrapersonal.
KB: menganalisis,
meringkaskan
Ilmu: PJK

Sistem bahasa: Ayat tunggal
Nilai: Kerjasama

Sistem bahasa:
Ayat tunggal
Nilai: keberanian

Bahan daripada
Internet
Kosa kata :
1. Sampah
2. Sisa
3. Produk
4. Pepejal
5. Tersu
Langkah 3 (20 minit)
1.Guru meminta murid melayari bahan yang telah guru muat turun daripada Internet yang menerangkan tentang ‘Pengurusan Sampah’
2. Guru meminta murid berbincang tentang 2 cara lain yang boleh mereka lakukan untuk menguruskan sampah. Murid juga diminta untuk mencari makna kata dan berbincang mengenai pembinaan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi.
3.Murid dapat membina sekurang kurangnya 5 ayat majmuk tentang ‘Pengurusan Sampah’ berdasarkan perkataan yang diberi
8.1 Aras 2 (i)]
Sistem bahasa:
Ayat tunggal
Nilai :Bekerjasama
KB: Menjana idea
BBB: Petikan teks
‘Pengurusan Sampah’
Sistem bahasa:
Ayat tunggal dan ayat majmuk
BCB : Berbincang

Penutup (5 minit)
Kognitif:
1.Guru membuat rumusan tentang apa yang
murid telah pelajari.
Sosial:
1.Guru mengucapkan tahniah kepada murid
kerana telah berjaya mengikuti pelajaran hari ini.
2.Murid-murid akan menyanyikan lagu
‘Kebersihan Diri’

 
Refleksi P&P
Secara keseluruhannya, pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. seramai 10 orang murid yang dipilih secara rawak  dapat menyatakan aspek-aspek penjagaan kesihatan diri dengan betul. Di samping itu, 85% daripada murid yang diminta untuk membaca petikan secara individu telah dapat membaca dan memahami petikan dengan baik. 85% peratus daripada murid-murid juga telah dapat membina ayat berdasarkan pengurusan sampah dengan baik.

Kekuatan
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan benda maujud pada sesi set induksi telah berjaya membangkitkan keinginan belajar murid. Murid-murid berasa teruja apabila melihat bahan-bahan yang biasa mereka lihat seharian. Di samping itu, pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan teknologi maklumat seperti persembahan 'power point' ternyata membantu saya untuk memberikan penerangan dengan lebih berkesan. Walaupun capaian internet di sekolah saya pada hari tersebut bermasalah, saya menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan bahan-bahan yang telah saya muat turun terlebih dahulu untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran saya.

Kelemahan
Walaupun Pengajaran pada hari tersebut telah saya rancang, namun terdapat kelemahan yang dikenalpasti. Antaranya ialah murid-murid kumpulan C (murid-murid lemah) tidak dapat mengikut pengajaran yang dijalankan kefahaman mereka terbatas ketika membuat latihan bertulis. Walaupun secara lisan mereka dapat menyatakan cara-cara menjaga kebersihan diri, tetapi ketika membuat latihan bertulis mereka tidak dapat melakukannya dengan baik. Bagi sekolah pedalaman, capaian internet merupakan masalah utama yang dihadapi apabila merancang pengajaran melalui internet secara langsung. Itulah masalah yang berlaku kepada saya pada hari tersebut.

Cara Mengatasi Masalah/Kelemahan
Untuk mengatasi masalah kefahaman murid-murid yang lemah, ketika membuat latihan bertulis, saya memanggil mereka untuk kehadapan dan membacakan soalan lalu mengarahkan mereka menjawab secara lisan. Saya juga menyediakan lembaran kerja yang berasingan untuk mereka. Berdasarkan gambar yang diberi, murid-murid yang lemah tersebut dikehendaki membina ayat secara lisan. Ini memudahkan pemahaman mereka. Masalah capaian internet yang lemah saya atasi dengan menayangkan sumber-sumber yang telah saya muat turun dari internet. Ini menjadi kebiasaan kepada saya kerana bahan-bahan yang dimuat turun adalah langkah yang paling selamat ketika merancang sesi pengajaran yang berkaitan dengan pelayaran internet secara langsung.





No comments:

Post a Comment